Bagian penting dari analisis tata bahasa Arab adalah pemahaman tentang struktur kalimat yang membentuk dasar komunikasi tertulis dan lisan. Salah satu konsep penting dalam tata bahasa Arab yang memungkinkan kita mengurai makna dari kalimat adalah Mubtada Khobar. Mubtada Khobar adalah poin penting yang patut dipahami.Mubtada Khobar adalah konsep fundamental dalam ilmu tata bahasa Arab yang membahas hubungan antara subjek dan predikat dalam kalimat. Dalam konteks ini, Mubtada merujuk pada unsur yang berperan sebagai subjek kalimat, sementara Khobar adalah predikat yang memberikan informasi tentang Mubtada.
Pengertian Isim Masdar (اِسْمُ المَصْدَرِ) dalam Ilmu Nahwu
ISIM MASDAR( اِسْمُ المَصْدَرِ )
Al-Masdar ( الْمَصْدَرْ ) ialah kalimah Isim merupakan bentuk asal atau akar kepada semua kalimat samada Isim (Kata benda) atau Fi’il (Perbuatan). Tidak ada peraturan tetap mengenai bentuknya dan kebanyakkannya hanya menurut ukuran kebiasaan yang didengar ( سَمَاعِيٌ ) penggunaannya oleh orang-orang Arab.
Pada pelajaran terdahulu telah dipelajari bahawa Fi’il itu ada Tsulatsi, Rubaa’i, Khumassi dan Sudaasi. Maka Masdar bagi semua perkataan tersebut adalah berdasarkan jenis-jenis fi’ilnya juga. Fi’il-fi’il selain Tsulatsi mempunyai bentuk-bentuk yang boleh dibandingkan (qiaskan). Maka semua fi’il-fi’il yang sempurna samada Mujarrad atau Mazid, ada mempunyai Masdar belaka.
Contoh Masdar bagi Fi’il Tsulatsi (tiga huruf)
Keluaran | خُرُوْجًا | <– | خَرَجَ | Dia telah keluar |
Tulisan | كِتَابَةٌ | <– | كَتَبَ | Dia telah menulis |
Pendengaran | سَمْعٌ | <– | سَمِعَ | Dia telah mendengar |
Puasa | صِيَامًا | <– | صَامَ | Dia telah berpuasa |
Pengetahuan | عِلْمًا | <– | عَلِمَ | Dia telah mengetahui |
Aniaya | ظُلْمًا | <– | ظَلَمَ | Dia telah aniaya |
Sungguh pun begitu, biasanya Masdar Tsulatsi itu terikut2 pula Wazannya dengan perkara-perkara berikut:-
1. Yang menunjukkan kegiatan pekerjaan, wazan nya: فِعَالَةٌ
Contoh: تِجَارَةٌ = Perdagangan; زِرَاعَةٌ = Pertanian.
2. Yang menunjukkan keengganan (menolak), wazan nya: فِعَالٌ
Contoh: إِبَآءٌ = Menolak; شِرَادٌ = Lari.
3. Yang menunjukkan bergoncang (getaran), wazan nya: فَعَلاَنٌ
Contoh: غَلَيَانٌ = Mendidih; جَوَلاَنٌ = Berputar-putar.
4. Yang menunjukkan penyakit (sakit), wazan nya: فُعَالٌ
Contoh: صُدَاعٌ = Pening; زُكَامٌ = Selsema.
5. Yang menunjukkan perjalanan, wazan nya: فَعِيْلٌ
Contoh: رَحِيْلٌ = pemergian; ذَمِيْلٌ = beransur-ansur.
6. Yang menunjukkan kepada suara, wazan nya: فُعَالٌ ، فَعِيْلٌ
Contoh: صُرَاخٌ = jeritan; زَئِيْرٌ = raungan.
7. Yang menunjukkan kepada warna, wazan nya: فُعْلَةٌ
Contoh: خُضْرَةٌ = hijau; حُمْرَةٌ = merah.
Jika tidak menunjukkan sesuatu, maka biasanya ialah:-
1. Pada فَعُلَ Masdarnya ialah فُعُوْلَةٌ atau فَعَالَةٌ
Contoh: خُضْرَةٌ = kemudahan; حُمْرَةٌ = kepintaran.
2. Pada فَعِلَ Masdarnya ialah فَعَلٌ
Contoh: فَرَحٌ = sukacita; عَطَشٌ = kedahagaan.
3. Pada فَعَلَ Masdarnya ialah فَعُوْلٌ
Contoh: قُعُوْدٌ = duduk; خُرُوْجٌ = keluar.
4. Pada Fi’il Mubta’addi yang berwazan: فَعِلَ dan فَعَلَ maka Masdarnya ialah فَعْلٌ atau فُعْلٌ
Contoh: شُكْرٌ = kesyukuran; نَصْرٌ = pertolongan.
KEGUNAAN DAN PEKERJAAN MASDAR
Masdar itu bekerja seperti kerja Fi’ilnya juga, iaitu ada mempunyai Faa’il(orang atau benda yang mengerjakan Perbuatan atau bersama mengerjakannya) dan Maf’ul (orang atau benda yang dikerjakan atau diperbuat).
Contoh:
1. Bila Masdar itu Mudhaf atau bersandar kepada Faa’ilnya, seperti:-
لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ
Jikalau tidak penolakan Allah (akan) manusia…
(a) دَفْعُ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) kepada اللهِ
(b) اللهِ itu Faa’il bagi penolakan.
(c) النَّاسَ itu Maf’ul bagi دَفْعُ
2. Bila Masdar itu Idhafah (sandaran) pada Maf’ulnya atau dimasuki ال; seperti:-
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
Dan bagi Allah (wajib) atas manusia menuju (ke)Rumah Allah.
(a) حِجُّ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) pada الْبَيْتِ
(b) الْبَيْتِ itu dimasuki ال atau Idhafah (sandaran) bagi حِجُّ
3. Bila Masdar itu bukan Mudhaf dan tidak dimasuk ال maka Masdar itu bekerja seperti Fi’il Amr atau Fi’il Nahyi (suruh atau tegah), seperti:-
صَبْرًا لآَ جَزَعًا
Sabarlah jangan gelisah.
(a) صَبْرًا itu Masdar yang bukan Mudhaf dan tidak dimasuki ال maka dia (Masdar) itu bererti Menyuruh.
Syarat-syarat yang membolehkan Masdar itu bekerja seperti Fi’ilnya ialah:-
1. Bila ditempat Masdar itu boleh dimasuki Fi’il beserta أَنْ atau مَا
(a) Seperti contoh yang lalu: لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ boleh dimasuki Fi’il serta أَنْ, seperti berikut:
لَوْلاَ أَنْ يَدْفَعَ اللهِ النَّاسَ
(b) Seperti : ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ boleh dimasuki Fi’il serta مَا, seperti berikut:
ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِمَاأَمَتْنَاكُمْ
2. Bila Masdar itu semata-mata menggantikan Fi’ilnya, seperti susunan percakapan berikut:-
حَبْسًا النِّصَّ (tahanlah perompak itu), maka حَبْسًاَّ itu semata-mata menggantikan perkataan Fi’il Amr (Suruh).
Jika syarat-syarat diatas tidak ada maka Masdar itu tidaklah bekerja seperti kerja Fi’ilnya. Masdar yang demikian adalah seperti berikut:-
(a) Masdar yang menunjukkan Muakkad (Menguatkan) seperti:-
دَمَّرْنَاهُم تَدْمِيْرَا
Telah membinasakan Kami (akan) mereka (secukup-cukup) kebinasaan.
وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Bacalah oleh engkau (akan) Al-Quran (dengan sungguh-sungguh) bacaannya.
(b) Masdar yang menunjukkan bilangan, seperti:-
فَهَّمْتُهُ تَفْهِيْمَتَيْنِ الْحَقِيْقَةَ
Dan telah aku beri fahaman kepadanya dua kali fahaman (akan) hakikatnya.
(c) Masdar yang sunyi dari apa-apa kejadian, seperti:-
وَلَهُ صَوْتَ سَبُعٍ
Dia mempunyai suara (seperti) suara singa jantan.
Beberapa contoh dari Al-Quran:
هَذَا خَلْقُ اللَّهِ
ini (semuanya adalah) ciptaan Allah (31:11)
إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar (17:31)
تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” taubat Nasuha” (66:8)
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya (92:4)
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata (48:1)
وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ
tetapi menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan kufur kepadaNya (2:217)
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk (3:191)
وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ
Dan inilah sangkaan kamu, yang kamu sangka (41:22)
Masdar Marrah ialah Masdar yang menunujukkan Bilangan, samada satu, dua atau beberapa kali pun. Wazan bagi Masdar Marrah itu ialah:-
(a) Bagi Tsulatsi فَعْلَةٌ contohnya:-
سَجَدْتُ سَجْدَةٌ
Telah sujud aku satu sujud.
سَجَدْتُ سَجْدَتَيْنِ
Telah sujud aku dua kali sujud.
سَجَدْتُ ثَلاَثَ سَجَدَاتٍ
Telah sujud aku tiga kali sujud.
(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah huruf
ة sahaja pada Masdar biasa, contohnya:-
إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَةٌ
Telah minta ampun aku (sekali) minta ampun.
إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَتَيْنِ
Telah minta ampun aku (2 kali) minta ampun.
إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَاتٍ
Telah minta ampun aku (3 kali) minta ampun.
Masdar Hai-ah ialah Masdar yang menunujukkan cara atau keadaan Fi’il. Wazan bagi Masdar Hai-ah itu ialah:-
(a) Bagi Tsulatsi فِعْلَةٌ
contohnya:-
أَسْجُدُ سَجْدَةَ الرَّسُوْلِ
Sujudlah (secara) sujud Rasul….
(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah ة sahaja pada Masdar biasa (seperti Marrah). Untuk membezakan anatara Marrah dan Hai-ah ialah dengan memerhatikan bentuk susunan ayatnya, seperti:-
إِنْطَلِقْ إِنْطِلاَقَ المُسْلِمِ
Berangkatlah oleh engkau (sebagaimana) keberangkatan orang Muslim.
Nota: Masdar Hai-ah ini juga disebut Masdar Nau-i مَصْدَرُالنَّوْعِ
Masdar Mimi ialah Masdar yang dimulakan dengan tambahan Mim ( م) . Wazan bagi Masdar Mimi adalah seperti berikut:-
(a) Jika dari Fi’il Tsulatsi, wazannya ialah: مَفْعَلٌ; seperti:-
Pukulan | مَضْرَبٌ |
Pendapat | مَذْهَبٌ |
Keluar atau Pergi | مَخْرَجٌ |
Kata-Kata | مَقَالٌ |
Pandangan | مَنْظَرٌ |
(b) Dari Fi’il Tsulatsi Mujarrad dan berwazankan مَفْعِلٌ; seperti:-
Kejatuhan | مَوْقِعٌ |
Letakkan | مَوْضِعٌ |
Perjanjian | مَوْعِدٌ |
Ketakutan | مَوْجِلٌ |
(c) Jika selain Fi’il Tsulatsi Mujarrad, maka wazannya hanya dengan mengikut Isim Maf’ulnya; seperti:-
Yang diperolokkan = مُسْتَهْزَئٌ
Ada satu jenis Masdar lagi yang dinamakan MASDAR SINAA’I (مَصْدَرُالْصِنَاعِىُّ ) iaitu dengan tambahan ( ىّ ) yang berttasydid dan selepasnya ditambah ( ـة ); seperti:-
Kemanusiaan | إِنْسَانِيَّةٌ | <– | إِنْسَانٌ | Manusia |
Kemerdekaan | حُرِّيَّةٌ | <– | حُرٌّ | Merdeka |
Isim Masdar itu berbeda dengan Masdar. Isim Masdar ialah perkataan yang menunjukkan makna Masdar dan ia kurang satu huruf dari pada bilangan huruf Fi’ilnya. Contohnya:-
Makna | اسم مصدر | مصدر | فعل ماض |
Pemberian | عَطَاءٌ | إِعْطَاءٌ | أَعْطَى |
Pertolongan | عَوْنٌ | إِعَانَةٌ | أَعَانَ |
Selawat | صَلاَةٌ | تَصْلِيَةٌ | صَلَّى |
Sejahtera | سَلآمٌ | تَسْلِيْمًا | سَلَّمَ |
Perhatikan huruf-huruf pada Isim Masdar diatas kerana kurang daripada yang sepatutnya. Bagaimana pun, Isim Masdar itu bekerja seperti pekerjaan Masdar (yang bekerja seperti kerja Fi’ilnya) juga. Contohnya:-
وَمَاكَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُوْرًا
Dan tidak (sewajarnya) pemberian Tuhan (itu) terlarang (tersekat dari sesiapa pun).
Singkatan Huruf Pegon untuk Memaknai Kitab Kuning Ala Pondok Pesantren.
Mengkaji kitab kuning di pondok pesantren adalah sebuah kewajiban bagi para santri bahkan termasuk kegiatan wajib mereka, dalam prakteknya, mengkaji kitab kuning hampir semua ponpes di Indonesia menggunakan bahasa jawa dan dengan istilah-istilah khusus yang sudah lahir sejak dulu.
Baiklah berikut ini adalah singkatan-singkatan huruf pegon yang dapat digunakan para santri dalam memaknai kitab kuning :
Aturan Penulisan Hamzah (ء) di awal kata dalam Bahasa Arab
Contoh kalimat:
(11) أَحْمَدُ قَائِمٌ
Ahmad berdiri
(22) هِنْدٌ اِمْرَأةُ
زَيْدٍ
Hindun adalah istri Zaid
(33) جَاءَ الـأُسْتَاذُ
Guru itu telah datang
Pengertian Dzonna Wa Akhwatuha (ظَنَّ وَ أخْوَاتُهَا) Amil yang Masuk Pada Jumlah Ismiyah
Selain kaana wa akhwatuha dan inna wa akhwatuha yang menjadi amil yang masuk pada kalimat ismiyah yaitu susunan kalimat yang terdiri dari mubtada dan khobar, ada satu lagi amil yang masuk pada mubtada dan khobar, apakah itu? Iya, sesuai judul kita yaitu Dzonna wa akhwatuha atau isim dzonna dan saudara-saudaranya. Berikut ini adalah penjelasannya.
Pengertian Masdar (المصدر) dan Contoh-contohnya dalam Al-Quran
Bahasa Arab merupakan bahasa yang mempunyai kaitan erat dengan agama Islam. Al- Quran yang ditulis dalam bahasa Arab menjadikan bahasa ini berarti untuk umat Islam buat menguasai isi kitab suci tersebut. Al- Quran memiliki pesan- pesan Allah yang diperuntukan kepada umat manusia, sehingga menekuni bahasa Arab jadi kewajiban untuk umat Islam.
Pengetian Ilmu Nahwu, Sejarah Awal Mula Pembukuannya, dan Tujuan Mempelajarinya
Ilmu nahwu bisa jadi belum begitu familier pada sebagian orang. Ilmu nahwu ini berkaitan dengan bahasa Arab. Apabila kalian mau menekuni serta menguasi bahasa Arab, hingga kalian butuh menguasai ilmu nahwu ini.